Di sebalik banyak perbincangan dan retorik bahawa dunia berada pada tahap bahaya, termasuk diungkapkan Setiausaha Agung Pertubuhan Slot Deposit 10rb Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres yang menyatakan era pemanasan global sudah berakhir, tetapi era pendidihan global baru bermula.
Pergerakan bongkah ais terbesar di dunia yang berada di Antartika, A23a, untuk kali pertama dalam lebih tiga dekad, menjadi peringatan menakutkan bahawa ketika perbincangan berlangsung, bumi mengalami kemerosotan mungkin tidak akan dapat dipulihkan.
Persidangan Antara Negara (COP) menghimpunkan negara dan entiti serantau untuk membincangkan tindakan iklim di bawah UNFCCC dan Perjanjian Paris berfokuskan kemajuan untuk mengehadkan pemanasan global di bawah paras 2 darjah Celsius dan meneruskan usaha mengurangkan kenaikan suhu kepada 1.5 darjah celsius di atas paras praperindustrian.
COP28 kini berlangsung di Expo City Dubai hingga 12 Disember ini, menjadi tuan rumah kepada lebih 70,000 peserta daripada sekurang-kurangnya 200 negara, membawa harapan lebih tinggi kerana menjadi titik penting beberapa agenda penting termasuk penilaian global pertama atau ‘Global Stocktake’ terhadap tindakan iklim di bawah Perjanjian Paris.
DISYORKAN UNTUK ANDA
COP28: Malaysia gesa ketelusan tadbir urus dan mobilisasi dana bencana iklim
Tunku Azizah harap usaha Tengku Mahkota Pahang dalam isu perubahan iklim bangkitkan inspirasi
COP28: Negara anggota digesa tolak ansur isu bahan api fosil
2023 menjadi tahun paling panas dalam rekod
COP28: Malaysia komited sokong pelan tindakan perubahan iklim ASEAN
Penubuhan dana bantu negara mangsa pencemaran buka tirai COP28
Melaka bentang inisiatif tangani perubahan iklim di COP28
Tangani pelepasan sektor tenaga, industri jadi tumpuan Malaysia dalam perubahan iklim – Agong
Penilaian ini direka untuk menilai kemajuan kolektif dalam mencapai matlamat Perjanjian Paris dan matlamat jangka panjangnya, termasuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, membina daya tahan terhadap kesan iklim serta menggalakkan kerjasama antarabangsa untuk tindakan iklim.
Ia juga akan menumpukan pemacuan cepat menuju sumber tenaga bersih, mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebelum 2030 dan melaksanakan keputusan dipersetujui untuk menubuhkan dana kerugian dan kerosakan pada COP27, memastikan pelaksanaan cekap untuk menangani keperluan segera masyarakat rentan, terutama di negara membangun, termasuk Malaysia.
COP28 juga menyediakan platform untuk pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pertubuhan masyarakat madani atau sivil, perniagaan dan kumpulan belia, untuk mempamerkan inisiatif serta komitmen terhadap tindakan iklim.
Pelbagai suara dan sumbangan penting untuk memacu momentum, sekali gus memupuk rasa tanggungjawab kolektif dalam menangani krisis iklim. Apatah lagi terdapat kecemasan diimbangi tekad menghadapi cabaran perubahan iklim dengan solidariti.
Malaysia, terutama dalam dekad terakhir, menyaksikan fenomena akibat perubahan iklim signifikan dan kerap, daripada cuaca ekstrem hingga kenaikan paras laut dan gangguan keselamatan makanan, termasuk sektor pertanian.
Tiga perkara utama perlu diberi tumpuan adalah memberi keutamaan kepada keperluan kanak-kanak dan belia. Walaupun kemajuan besar dicapai dalam beralih ke masa depan rendah karbon, terdapat jurang penting dalam dasar iklim banyak negara, iaitu kurang perwakilan dan pembabitan kanak-kanak serta belia pada peringkat tinggi tadbir urus alam berkaitan.
Orang muda paling terjejas
Kita perlu mengakui kepentingan membabitkan orang muda dalam perbincangan dan proses membuat keputusan iklim, kerana berdasarkan pelbagai kajian, mereka paling terjejas akibat perubahan iklim.
Mengakui kedudukan unik orang muda sebagai golongan paling terjejas, terdapat seruan untuk menyertakan mereka secara aktif dalam proses membuat keputusan.
Ini lebih daripada sekadar representasi simbolik, sebaliknya menekankan pembabitan bermakna dengan suara mereka tidak hanya didengari, bahkan dimasukkan ke dalam rangka dasar.
Contohnya, penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kanak-Kanak dan Belia mengenai Perubahan Iklim (CYCCC) boleh berfungsi sebagai platform dedikasi bagi generasi muda menyuarakan kebimbangan, secara aktif mengambil bahagian dalam membuat keputusan iklim.
Ia juga termasuk menyumbang kepada inisiatif bertujuan mengurangkan pelepasan karbon dan menyesuaikan diri terhadap impak iklim serta mengintegrasikan pandangan golongan itu ke dalam wacana kebangsaan mengenai tindakan iklim.
Perlu juga diberi penekanan ialah penerapan pendidikan iklim ke dalam kurikulum sekolah dan memberdayakan generasi muda dengan pengetahuan serta alat untuk menyumbang aktif kepada kelestarian.
Pendidikan berperanan dalam membentuk sikap dan tingkah laku, sekali gus menanamkan asas kukuh kesedaran alam sekitar. Negara dapat memupuk generasi tidak hanya sedar akan cabaran, bahkan dilengkapi untuk menjadi sebahagian penyelesaian.
Hakikatnya, impak perubahan iklim terhadap kanak-kanak dan belia meluas melebihi akibat jangka panjang kerana ia merangkumi cabaran kesihatan segera.